Dzulkeflee bin Khairuddin, BSc(Hons), CA(M), ACMA, CGMA
PENGURUS BESAR KUMPULAN
Beliau adalah graduan dari Universiti East Anglia UK dalam perakaunan. Beliau juga seorang ahli untuk Chartered Management Accounts (CIMA) UK.
Beliau memulakan kerjaya pertama sebagai juruaudit di UK pada 1995. Sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Kumpulan, beliau adalah Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan.
Beliau terlibat dalam pengurusan strategik dan operasi korporat dalam Kumpulan. Kepakaran beliau adalah dalam belanjawan dan prestasi korporat, pengurusan korporat, kewangan, risiko strategik, undang-undang, sumber manusia dan ICT.
Kini beliau menguruskan pembangunan perniagaan Kumpulan dan Pengurusan Strategik.
|