GABUNGAN DAN SEKUTU
Kumpulan telah membina rangkaian perniagaan yang kukuh antara syarikat gabungan dan sekutunya. Kumpulan Harta Bakti (Pengerusinya adalah pemegang saham dan pengarah beberapa syarikat di bawah naungan Kumpulan Fairview) aktif dalam pembangunan dan hartanah, pembinaan dan pelancongan.
Harta Bakti Sdn Bhd telah berjaya memajukan sebidang tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sebuah projek swasta oleh PKNS melibatkan pembinaan blok kondominium. Tenaga pembinaan (melalui Boman Holdings dan Timur Kaya Sdn Bhd) setakat ini telah berjaya menyiapkan projek bernilai hampir 100 juta untuk klien seperti UEP, Subang Jaya, TTDI, Pandan Maju dan PKNS.
Pemegang saham utama Kumpulan Fairview juga seorang pengarah dan pemegang saham United Soil Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat kejuruteraan tanah yang aktif di semenanjung.
|